MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyertai lawatan kerja ke Sadao, Thailand bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung baru-baru ini.

Lawatan kerja Perdana Menteri ini adalah atas jemputan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama (TYT) Srettha Thavisin yang bertujuan untuk melihat kemajuan kerja bagi projek Jajaran Jalan yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand. Lawatan kerja ini juga merupakan susulan persetujuan yang dicapai semasa lawatan TYT Srettha ke Malaysia pada 11 dan 12 Oktober lalu.