YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Dato’ Sri Francisco Kalbuadi Lay, Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Pelancongan & Alam Sekitar Timor-Leste, dan delegasi dari Timor-Leste, dan Tuan Yang Terutama Joana Veneranda Amaral, Duta Besar Timor-Leste ke Malaysia.

Dalam sesi pertemuan ini, kedua-dua pihak mendapati bahawa ia akan menjadi peluang yang baik untuk Timor-Leste dan Malaysia untuk berinteraksi, mengukuhkan kerjasama rangkaian, dan meneroka potensi kerjasama lintas budaya pelancongan, budaya dan warisan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Malaysia dan Timor-Leste sedang giat merancang untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU), khususnya dalam bidang pelancongan dan kebudayaan kedua-dua negara. Kerjasama itu bertujuan untuk memperkukuh sektor pelancongan kedua-dua negara, mempromosikan pembangunan mampan dan penghargaan budaya.

Untuk meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste, Malaysia mengalu-alukan dan berharap untuk memupuk kerjasama dalam bidang Pelancongan Mesra Muslim (MFT).

Bersama-sama dalam pertemuan ini, Ybhg. Datoโ€™ Ammar Abd Ghapar, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datoโ€™ Ahmad Rozian bin Abd. Ghani, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Hal Ehwal Dua Hala, Kementerian Luar Negeri, dan pegawai kanan MOTAC.

ย