Dari KUALA LUMPUR Ke BEIJING

Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, telah bertemu dengan wakil dari Hainan Airlines Group dan agensi pelancongan lain di Beijing pada 9 Disember. Ini termasuk penerbangan sambungan, penerbangan terus dan perkhidmatan sewa, untuk memaksimumkan pertukaran perniagaan dan pelancongan antara warga kami.

Menurut beliau, Ini adalah dua kali ganda penting bagi kita memandangkan permulaan dasar bebas visa antara Malaysia dan China, dan ulang tahun ke-50 tahun penubuhan hubungan diplomatik antara negara kita tahun depan pada tahun 2024. Ini termasuk pembangunan lebih langsung penerbangan   antara bandar tingkat pertama dan kedua di Malaysia dan China.

Dari segi strategi pemasaran dan promosi pula, tiga agensi (Tianshiyuan Travel, Beijing Bao Sheng Air Service, dan Beijing Little DragonFly Airline Service) telah menjalinkan perkongsian strategik jangka panjang dengan AirAsia.

Selain itu, kedua-dua pihak turut meneroka potensi kerjasama dalam mempromosikan penerbangan sewa dan pelancongan mesra Muslim melalui platform JD.co yang luas.

Menteri MOTAC turut jayakan lawatan kerja PM Anwar ke Sadao, Thailand

Menteri MOTAC turut jayakan lawatan kerja PM Anwar ke Sadao, Thailand

MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menyertai lawatan kerja ke Sadao, Thailand bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung baru-baru ini.

Lawatan kerja Perdana Menteri ini adalah atas jemputan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama (TYT) Srettha Thavisin yang bertujuan untuk melihat kemajuan kerja bagi projek Jajaran Jalan yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand. Lawatan kerja ini juga merupakan susulan persetujuan yang dicapai semasa lawatan TYT Srettha ke Malaysia pada 11 dan 12 Oktober lalu.

Kemudahan VOA dan pengecualian visa 30 hari bakal menarik lebih ramai pelancong dari China dan India.

Kemudahan VOA dan pengecualian visa 30 hari bakal menarik lebih ramai pelancong dari China dan India.

  BILANGAN pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi         pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan mulai 1 Disember lepas, kata Menteri   Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. Melihat ia petanda baik bagi kebanyakan industri dalam negara   seperti bidang perhotelan dan logistik, Tiong berkata pemain industri pelancongan telah dimaklumkan untuk bersiap-sedia   menerima angka pelancong tinggi yang secara langsung akan meningkatkan pendapatan mereka. “Kita harap dengan pengecualian visa ini, kita tambah beberapa juta orang (pelancong asing) lagi. Kita cuba sedaya upaya macam mana kita boleh tingkatkan dari segi promosi di negara masing-masing (China dan India) untuk tingkatkan bilangan pelancong,” katanya. Tiong berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat permulaanpenganjuran Hari Pelancongan Dunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 di semalam. Sebelum ini Tiong menegaskan bahawa MOTAC akan terus berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan skop kemudahan Visa On Arrival (VOA). Matlamatnya adalah untuk membolehkan pelancong yang tidak menggunakan penerbangan sewa khas juga dapat menikmati kemudahan VOA, supaya proses kemasukan pelancong antarabangsa lebih lancar.

YB MENTERI SANTUNI USAHAWAN KRAF, JUALAN RAHMAH BATIK PACU PERTUMBUHAN INDUSTRI KRAFTANGAN TEMPATAN

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing, telah melancarkan Jualan Rahmah Batik sempena Hari Batik Malaysia 2023 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sesi jelajah atau ‘walkabout’ yang diadakan ini memberi peluang kepada YB Menteri berinteraksi dan memberi dorongan kepada para usahawan kraf serta mengapresiasi produk kraftangan tempatan melalui kunjungan ke setiap gerai.

YB Menteri menekankan bahawa Kraftangan Malaysia perlu lebih agresif dalammembantu usahawan tempatan, meningkatkan kemahiran, dan memperkembangkan industri batik negara, termasuk meningkatkan eksport ke negara luar.

Dalam program yang sama, pengumuman tentang pelancaran batik koleksi khas sempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Ke-50 turut dibuat sebagai salah satu inisiatif menarik minat pelancong negara Tembok Besar itu. Hari Batik Malaysia 2023 juga telah mencapai kejayaan dengan penyertaan seramai 820 usahawan batik dari seluruh negara dalam Jualan Rahmah Batik, yang berhasil menarik perhatian orang awam serta pelancong asing berkunjung ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam acara ini adalah YBrs Encik Mohd Yusri bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC; YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC; serta YBrs. Puan Ainu Sham binti. Haji Ramli, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.