Kemudahan VOA dan pengecualian visa 30 hari bakal menarik lebih ramai pelancong dari China dan India.
BILANGAN pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan mulai 1 Disember lepas, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing. Melihat ia petanda baik bagi kebanyakan industri dalam negara seperti bidang perhotelan dan logistik, Tiong berkata pemain industri pelancongan telah dimaklumkan untuk bersiap-sedia menerima angka pelancong tinggi yang secara langsung akan meningkatkan pendapatan mereka. “Kita harap dengan pengecualian visa ini, kita tambah beberapa juta orang (pelancong asing) lagi. Kita cuba sedaya upaya macam mana kita boleh tingkatkan dari segi promosi di negara masing-masing (China dan India) untuk tingkatkan bilangan pelancong,” katanya. Tiong berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat permulaanpenganjuran Hari Pelancongan Dunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 di semalam. Sebelum ini Tiong menegaskan bahawa MOTAC akan terus berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan skop kemudahan Visa On Arrival (VOA). Matlamatnya adalah untuk membolehkan pelancong yang tidak menggunakan penerbangan sewa khas juga dapat menikmati kemudahan VOA, supaya proses kemasukan pelancong antarabangsa lebih lancar.